Isnin, 25 Mac 2013

Kehilanganmu amat dirasai

Tangisan Demi Tangisan.

22Mac 2013,Perginya Al-marhum Syekh Muhammad Ramadhan Al-Bouthi.
Perasaanku mula terkejut,Ulama' Besar Syiria telah pergi menghadap Allah pada hari Jumaat,
Namun pada hari kemudian 25Mac 2013 telah perginya 3Ulama Malaysia sekaligus pada hari yang sama.Hujan turun merahmati mereka (Allahuakbar)
Mula2 hatiku berasa biasa,akan tetapi tatkala membaca hadis Nabi Muhammad S.A.W.
Airmataku mula luruh,sebak didada tidak dapat ditahan.Mereka ulama'.Ulama; adalah pewaris anbi'a.
Jika perginya mereka tanpa wujudnya pengganti mereka di zaman serba moden ini.Apa yang akan berlaku dimasa akan datang,kepada keturunanku.

Diriku sahaja masih tidak utuh,Imanku masih bergoyang tatkala ditiup oleh hawa nafsu.Ditambah lagi masalah  ummah yang semakin menjadi-jadi...Allah..Allah..Allah..

Aku menghitung kembali amalanku,Allah,sangatlah sedikit.Belum lagi ditapis atas dasar ikhlas ataupun paksaan.

Ya,Allah amalku tidak mampu untk aku menempah syurgaMu,aku hanya mengharapkan keampunan dan keredhaanMu sahaja ya Allah.Kau letakkanlah daku serta keluargaku dikalangan orang-orang yang beriman.

Airmataku tidak akn kering,pemergian mereka mengingatkan aku kepada Allah.Azab Allah..

Kemunculan Dajjal pasti berlaku dan ketibaan Imam Mahadi juga akan terjadi,
Namun aku berfikir dimanakah diriku waktu itu.?Ya Allah yang maha mengetahui,Imanku tidak sehebat Sumaiyah...Aku takut untuk meneruskan pejalanan ini.Lindungilah daku Ya Allah.

Aku rela dikorbankan sebagai pejuang ya Allah.Aku rela meninggalkan kemewahan dunia ini ya Allah.Pilihlah daku untuk syahid di jalanMu...Aku mohon dan mengharap.

Ahad, 24 Mac 2013

Adab-Adab Belajar.



Menuntut ilmu adalah penting bagi Umat islam dan para mukminin.Tidak kiralah samada ilmu tersebut adalah Ilmu fardhu ain atau fardhu kifayah.Seperti yang kita ketahui dalam kehidupa umat Islam tidak akan lari daripada 3ilmu ini iaitu Ilmu Akidah,Ilmu Syari'yyah dan Ilmu Akhlak.Dan saya ingin menekankan pada penulisan saya kali ini ialah Ilmu tentang Akhlak dan lebih dikenali sebagai Ilmu Adab.

Bismillah..

1.Niat yang Ikhlas.
Niat merupakan perkara yang menjadi asas bagi setiap amalan seharian kita.Ibnu Atoillah Al-Sakandari berkata “Amal perbuatan itu sebagai kerangka yang tegak,sedangkan rohnya ialah rahsia ikhlas didalam amal perbuatan itu.Beliau juga turut berpesan kepada kita supaya mengikhlaskan niat didalam sesuatu amal kerana Allah serta menjauhi diri daripada berniat untuk memperoleh pekara-pekara berkaitan keduniaan.Mu’az bin Jabal r.a berkata “Belajarlah ilmu kerana Allah S.W.T yang boleh membawa takut kepadanya.Menuntutnya pula merupakan ibadat,mengulangkajinya adalah tasbih,mencarinya adalah jihad,mengajarkan kepada orang lain  yang tidak tahu merupakan satu sedekah,memberikan kepada ahlinya adalah sedekah,menjadi teman ketika keseorang dan rakan ketika bersendirian” Pernyataan diatas membawa maksud yang cukuo jelas didalam kehidupan kita.Ulama’ menyatakan pendirian yang tegas tentang niat menuntut ilmu.Sekiranya niat untuk membangunkan islam,ia merupakan matlamat yang cukup jelas.

2.Menghormati Guru.
Guru merupakan penyumbang yang sangat penting didalam kehidupan seorang pelajar.Saidina Ali Karamallah Wajhah pernah berkata “Sesiapa yang mengajarku walaupun satu huruf maka aku telah menjadi hambanya”.Saidina Ali Karamallah Wajhah diantara sahabat-sahabat Rasullulah yang dipuji dari segi ilmu yang dimilikinya dan menjadi rujukan para sahabat.Namun,beliau masih mempunyai sikap hormat yang tinggi  bagi sesiapa yang mengajarnya.Sikap hormat yang tinggi ini akan melahirkan pelajar yang berdisiplin dan rendah diri didalam mempelajari ilmu di samping dapat melahirkan pelajar yang berkualiti tinggi.Kelebihan sikap hormat kepada guru juga akan memperoleh barakah didalam pengajian.Kelebihan ini membolehkan seseorang pelajar itu mudah untuk menerima penerangan ilmu dengan jelas.Walaupun sukar akhirnya akan beroleh kefahaman yang tinggi jikalau masih konsisten didalam menjaga adab-adab dengan guru-guru.Walaupun mempunyai pertembungan fiqrah dengan guru,kita mestilah bertolak ansur dengan mereka.Terdapat banyak pekara-pekara furu’ yang menjadi perbahasan ulama’.Oleh itu janganlah membenci guru-guru disebabkan perbezaan pendapat.

3.Memberi perhatian dan memahami pelajaran.
Fokus ketika belajar penting dalam penguasaan ilmu bagi para pelajar.Memberi semaksima mungkin perhatian ketika belajar meupakan adab-adab yang sangat ditekankan oleh para ilmuan Islam.Perhatian sepenuhnya dapat membantu pelajar-pelajar didalam memahami setia pekara-pekara yang dipelajari.Elakkan diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengganggu konsentrasi ketika belajar seperti tidur dan bersembang-sembang.Hal ini boleh menyebabkan guru-guru yang mengajar akan terasa hati dengan kelakuan kita.Salah seorang ulama’ nusantara Sheikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki diantara ulama’ yang sangat menekankan adab-adab ketika belajar.Beliau sangat menekankan anak-anak didiknya supaya memberi perhatian sepenuhnya ketika belajar.Natijahnya,lahirlah ulama’-ulama’ yang hebat didalam menghuraikan ilmu-ilmu hasil daripada didikan beliau.Kunci kecemerlangan seseorang pelajar juga antaranya ialah tumpuan ketika belajar.Apabila menghadapi masalah didalam memahami pelajaran,pelajarmestilah berani didalam mengajukan soalan atau mengambil pendekatan lain sama ada meminta tajuk ajar kawan-kawan yang lain atau mengadakan group discussion.Pemahaman sesuatu itu mungkin beroleh melalui soalan-soalan yang kita ajukan.Memahami pelajaran merupakan syarat didalam menguasai sesuatu ilmu.Justeru, pastikan kita memahami apa yang kita pelajari dengan betul.

4.Jauhi Maksiat.
Maksiat merupakan perkara yang perlu dijauhi oleh semua orang Islam.Jikalau manusia melakukan maksiat maka susah untuk menguasai ilmu-ilmu yang dipelajari.Peristiwa Imam Al-Syafie dengan gurunya merupakan bukti jelas yang dapat kita ambil.Dalam satu riwayat menceritakan bahawa Imam Al-Syafie terlihat buku lali seorang perempuan ajnabi.Ini menyebabkan beliau menghadapi kesukaran untuk mengingati hafalnya.Maka beliau menceritakan kepada gurunya.Lalu gurunya menasihati supaya meninggalkan maksiat.Sesungguhnya ilmu itu cahaya.Cahaya Allah tidak menerangi bagi orang yang melakukan maksiat.Betapa hebatnya nilai muraqabbah dan muhasabah ulama’ didalam menuntut ilmu.Padahal,Imam Al-Syafie hanay terpandang buku lali perempuan tersebut.Kita sekarang lebih hamper dengan pekara-pekara maksiat.Apabila membuka laptop atau handset sahaja sudah boleh melakukan maksiat.Kebarangkalian yang boleh dibuat disini ialah penerimaan ilmu di kalangan pelajar-pelajar menjadi susah kerana bercampur dengan pekara-pekara yang maksiat.Justeru,prinsipamar ma’ruf nahi mungkar mesti direalisasikan didalam kehidupan pelajar-pelajar Islam.Jangan campuri urusan yang halal dan haram.Selain itu,pemilihan kawan-kawan yang soleh boleh memelihara kita daripada melakukan maksiat.Hadis Rasullulah bermaksud “Seseorang itu mengikuti agama sahabatnya”.Hadis ini menunjukkan bukti yang jelas tentang pengaruh sahabat-sahabat dalam kehidupanseseorang manusia itu.Begitulah juga didalam konteks kehidupan seorang pelajar.Sahabat yang baik ialah apabila kita mendekatinya secara tidak langsung kita akan mengingati Allah.

5.Doa,Usaha,ikhtiar dan tawakkal.
Doa merupakan senjata bagi orang mukmin.Doa juga merupakan penghubung antara makhluk dengan Khaliqnya.Kehidupan pelajar-pelajar Islam mestilah sentiasa dilazimi doa dalam kehidupan seharian.Doa itu tidak lengkap sekiranya tiada usaha dan ikhtiar.Akhir sekali barulah bertawakkal.Doa,Usaha,tawakkal penting didalam kehidupan pelajar-pelajar Islam kerana melalui kaedah-kaedah berikutlah dapat mendidik diri pelajar-pelajar didalam mendekatkan diri dengan Allah serta meletakkan sepenuh harapan kepada Allah didalam setiap aspek pekara yang dilakukan.Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut yang bermaksud”dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan kami,nescaya kami tunjukkan kepada mereka jalan kami.Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik.”Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Allah akan memberi petunjuk bagi orang-orang yang berjuang didalam mencari Keredhaan Illahi.Sekiranya perkara-perkara ini dapat dipraktikkan,ia dapat memelihara diri daripada tersasar daripada niat yang sebenar ketika belajar.

6.Beramal dengan ilmu yang dipelajari.
Ilmu yag tidak diamalkan seperti pokok tidak berbuah.Didalam menjadikan ilmu itu sesuatu yang bermanfaat didalam kehidupan,pelajar-pelajar mestilah mempratikkan ilmu itu terlebih dahulu.Praktikkan ilmu itu didalam kehidupan seharian kita.Disamping itu,cuba untuk disebarkan kepada masyarakat.Perlu diingatkan juga bahawa Allah memuliakan seseorang hamba dengan ilmu yang dipelajari.Tidak mustahil Allah melaknat seseorang hamba dengan ilmu yang dipelajarinya.Ini disebabkan tidak cuba untuk mengamalkan ilmu yang dipelajari didalam kehidupan.

Moga para pembaca boleh mengambil sedikit sebanyak manfaat diatas penulisan ini.Ilmu yang berkat adalah hasil daripada Akhlak yg baik.Ilmu dan akhlak itu saling bersangkut-paut.Maka beramal lah kita kepada ilmu2 yang telah kita ketahui dan pelajari..Jadilah pelajar yang Hebat dari segi Ilmu dan Akhlaknya.

*Idea ini disunting daripada Sahabat Biro Kerohanian.




Cakap tidak serupa bikin.

Cakap Tak Serupa Bikin
Riwayat: Bukhari dan Muslim

Hadith: 
Daripada Abu Zaid Usamah bin Zaid Bin Harithah RA katanya, “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda, “Akan didatangkan seorang lelaki pada hari kiamat kemudian dicampakkan ke dalam neraka. Lalu terkeluarlah isi perutnya dan berpusing lelaki itu dalam neraka seolah-olah keldai memusing kisaran“ Lalu ahli neraka berkumpul kepadanya dan bertanya, “Wahai fulan, mengapakah engkau ini? Tidakkah engkau dahulu menyuruh kepada kebajikan dan melarang daripada kemungkaran?” Jawabnya, “ Ya, aku menyeru kepada kebajikan tetapi aku tidak mengerjakannya dan melarang daripada kemungkaran tetapi aku mengerjakannya”.
Allah sentiasa melihat perbuatan manusia sama ada yang baik atau yang jahat.

Janganlah berpura-pura dan mempersendakan perkara-perkara kebajikan sedangkan Allah Maha Mengetahui.

Hadis ini menunjukkan besarnya dosa orang yang menyuruh kepada yang makruf sedangkan dia sendiri tidak melakukannya (khususnya perkara wajib dan fardhu) atau melarang daripada kemungkaran sedangkan dia melakukannya. Ini kerana dia melakukannya dengan penuh sedar dan dengan pengetahuan yang cukup bukan kerana lupa atau jahil.

Melakukan yang makruf dan meninggalkan kemungkaran adalah sebab seseorang itu terhindar daripada neraka.



Azab neraka yang diceritakan oleh Rasulullah SAW adalah antara perkara ghaib yang wajib diimani.

Sabtu, 23 Mac 2013

Tangisan Umat Islam.

22 Mac 2013
Syahidnya Ulama' Besar Dunia iaitu Syeikh Muhammad Ramadhan Al-Bouthi

Tarikh ini jika di Malaysia adalah Hari Jumaat.
Kematian beliau memberi satu kejutan kepada umat Islam didunia.Ramai yang menagisi dengan pemergiannya.Tatkala aku berusaha mencari jalan untuk membuka "Jaringanku",seribu umat mendoakan dan menyedekahkanya Al-Fatihah.

Aku masih terkejut dengan kematiannya..kerana..
Sedang Syeikh Muhammad Ali As-Sobuni menyebarkan kebenaran di Malaysia tentang  pekara yang berlaku di Syiria,Syeikh Muhammad Ramadhan tidak bersependapat denganya.Akan tetapi atas sikap akhlak Syeikh yang terpuji Syeikh Muhammad Ali menasihatkan agar kita selalu mendoakan Al-marhum Syeikh kembali ke pangkal jalan.Alhamdulilah,apa yang aku dengar Kematian Syeikh adalah kerana tindakkan usahanya untuk mengeluarkan diri dna keluarganya dari Syiria.Beliau tidak lagi bersama Basyar akan tetapi bersama rakyat di Syiria.

Di Facebook,terlalu ramai yang meng'post' tentang kematiannya.Terdapat juga ulama'2 terbesar menceritakan tengtang halnya..Ulama' yang baik pemergiannya akan ditangisi oleh pengikutnya.
Sebak juga hati aku pabila terdengar berita ini.Si Basyar memang tidak berhati perut.Perasaan sama seperti Iblis yang tidak mempunyai belas kasihan.

Aku mendoakan agar Allah merahmatimu wahai Syeikh.Meskipun daku rakyat Malaysia yang tidak bertemu denganmu.Namun akidah dan perjuangan kita menghubungkan dirimu dan diriku...

Khamis, 21 Mac 2013

Dugaan itu pasti ada.


Dugaan menuntut ilmu itu "Adat".

Untuk melahirkan muslimin yang cemerlang didunia dan akhirat Allah tidak akan memberi terus ‘direct’ kepada tuan badan melainkan mereka perlu menempuhi berbagai cabaran yang allah campakkan kepadanya.

Perasan rasa takut,debar,risau merupakan satu lumrah bagi mereka yang menuntut ilmu.Kadang-kala duit,rehat dan tenaga yang tidak cukup itu juga merupakan  asam garam dalam menuntut ilmu.Dan amat rugilah bagi mereka yang tidak menempuhi cabaran ini setelah tamat pengajian di Universiti.

Kerana cabaran serupa inilah dapat mengeratkan hubungan kita dengan pencipta iaitu Allah.Perasaan yang bercampur-baur tadi akan melahirkan satu perasaan ber’harap’.Berharap kepada Allah agak mempermudahkan segalanya.Bila lahirnya perasaan ber’harap’ tiada yang dapat membantu kita selain Allah.Itulah tujuannya.Tujuan Allah memberikan cabaran,ujian dan dugaan sedemikian.

Apa yang harus kita lakukan adalah berusaha,berdoa,bersabar,berharap,bersangka baik,dan berfikir pekara-pekara yang positif yang dapat meningkatkan motivasi  dan keyakinan kita.
Sabar dalam menuntut ilmu. Seorang pencari ilmu dituntut untuk selalu bersabar dalam pelbagai hal, tidak pernah bosan dan selalu mengharap redha Allah. Sehingga, waktu akan menjadi hal yang sangat penting untuk tidak di sia-siakan. Sikap ini tergambar jelas dalam jejak para ulama terdahulu melalui karya-karya besar yang berjaya mereka tulis kerana selalu bersabar dan memanfaatkan masa dengan baik.

Sahabatku sekalian,
Tiada yang mudah didunia ini untuk mendapatkan nikmat yang lazat diakhirnya.Seperti kita inginkan syurga tidak dapat tanpa usaha.tidaka akan dapat jika tanpa amalan dan tidak akan dapat jika tidak bersungguh-sunggguh…

Ya,belajar itu memang payah,belajar itu memang susah.Tapi nilailah di penghujungnya…Indahkan!Jika kita lihat para ulama’ zaman dahulu 2kali ganda payah berbanding kita yang hidup dizaman serba modern ini.Untuk mencari sepotong hadis dan ilmu  memerlukan semangat dan kemantapan rohani yang kuat serta minat dan perasaan yang tidak pernah bosan.

Seperti Dalam Kitab al-'Ilm karangan Syaikh Utsaimin, diceritakan bahawa ketika Ibnu Abbas ditanya, "Dengan apa anda boleh mendapatkan ilmu?" Beliau menjawab, "Dengan lisan yang selalu bertanya dan hati yang banyak memahami, serta badan yang tidak pernah bosan."

Selain itu, orang yang sudah merasakan nikmatnya menuntut ilmu maka dia akan selalu haus ilmu dan tidak pernah merasa puas. Sehingga, seluruh waktunya hanya digunakan untuk belajar. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW,
"Ada dua kumpulan manusia yang selalu lapar dan tidak pernah kenyang: orang yang lapar ilmu. Ia tidak pernah kenyang. Dan orang yang lapar dunia, juga tidak pernah kenyang pula. "(HR. Al Hakim dll dengan sanad tsabit)

Berbangganlah wahai si penuntut ilmu.Usahamu tidak akan Allah sia-siakan.