Ahad, 24 Mac 2013

Adab-Adab Belajar.



Menuntut ilmu adalah penting bagi Umat islam dan para mukminin.Tidak kiralah samada ilmu tersebut adalah Ilmu fardhu ain atau fardhu kifayah.Seperti yang kita ketahui dalam kehidupa umat Islam tidak akan lari daripada 3ilmu ini iaitu Ilmu Akidah,Ilmu Syari'yyah dan Ilmu Akhlak.Dan saya ingin menekankan pada penulisan saya kali ini ialah Ilmu tentang Akhlak dan lebih dikenali sebagai Ilmu Adab.

Bismillah..

1.Niat yang Ikhlas.
Niat merupakan perkara yang menjadi asas bagi setiap amalan seharian kita.Ibnu Atoillah Al-Sakandari berkata “Amal perbuatan itu sebagai kerangka yang tegak,sedangkan rohnya ialah rahsia ikhlas didalam amal perbuatan itu.Beliau juga turut berpesan kepada kita supaya mengikhlaskan niat didalam sesuatu amal kerana Allah serta menjauhi diri daripada berniat untuk memperoleh pekara-pekara berkaitan keduniaan.Mu’az bin Jabal r.a berkata “Belajarlah ilmu kerana Allah S.W.T yang boleh membawa takut kepadanya.Menuntutnya pula merupakan ibadat,mengulangkajinya adalah tasbih,mencarinya adalah jihad,mengajarkan kepada orang lain  yang tidak tahu merupakan satu sedekah,memberikan kepada ahlinya adalah sedekah,menjadi teman ketika keseorang dan rakan ketika bersendirian” Pernyataan diatas membawa maksud yang cukuo jelas didalam kehidupan kita.Ulama’ menyatakan pendirian yang tegas tentang niat menuntut ilmu.Sekiranya niat untuk membangunkan islam,ia merupakan matlamat yang cukup jelas.

2.Menghormati Guru.
Guru merupakan penyumbang yang sangat penting didalam kehidupan seorang pelajar.Saidina Ali Karamallah Wajhah pernah berkata “Sesiapa yang mengajarku walaupun satu huruf maka aku telah menjadi hambanya”.Saidina Ali Karamallah Wajhah diantara sahabat-sahabat Rasullulah yang dipuji dari segi ilmu yang dimilikinya dan menjadi rujukan para sahabat.Namun,beliau masih mempunyai sikap hormat yang tinggi  bagi sesiapa yang mengajarnya.Sikap hormat yang tinggi ini akan melahirkan pelajar yang berdisiplin dan rendah diri didalam mempelajari ilmu di samping dapat melahirkan pelajar yang berkualiti tinggi.Kelebihan sikap hormat kepada guru juga akan memperoleh barakah didalam pengajian.Kelebihan ini membolehkan seseorang pelajar itu mudah untuk menerima penerangan ilmu dengan jelas.Walaupun sukar akhirnya akan beroleh kefahaman yang tinggi jikalau masih konsisten didalam menjaga adab-adab dengan guru-guru.Walaupun mempunyai pertembungan fiqrah dengan guru,kita mestilah bertolak ansur dengan mereka.Terdapat banyak pekara-pekara furu’ yang menjadi perbahasan ulama’.Oleh itu janganlah membenci guru-guru disebabkan perbezaan pendapat.

3.Memberi perhatian dan memahami pelajaran.
Fokus ketika belajar penting dalam penguasaan ilmu bagi para pelajar.Memberi semaksima mungkin perhatian ketika belajar meupakan adab-adab yang sangat ditekankan oleh para ilmuan Islam.Perhatian sepenuhnya dapat membantu pelajar-pelajar didalam memahami setia pekara-pekara yang dipelajari.Elakkan diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengganggu konsentrasi ketika belajar seperti tidur dan bersembang-sembang.Hal ini boleh menyebabkan guru-guru yang mengajar akan terasa hati dengan kelakuan kita.Salah seorang ulama’ nusantara Sheikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki diantara ulama’ yang sangat menekankan adab-adab ketika belajar.Beliau sangat menekankan anak-anak didiknya supaya memberi perhatian sepenuhnya ketika belajar.Natijahnya,lahirlah ulama’-ulama’ yang hebat didalam menghuraikan ilmu-ilmu hasil daripada didikan beliau.Kunci kecemerlangan seseorang pelajar juga antaranya ialah tumpuan ketika belajar.Apabila menghadapi masalah didalam memahami pelajaran,pelajarmestilah berani didalam mengajukan soalan atau mengambil pendekatan lain sama ada meminta tajuk ajar kawan-kawan yang lain atau mengadakan group discussion.Pemahaman sesuatu itu mungkin beroleh melalui soalan-soalan yang kita ajukan.Memahami pelajaran merupakan syarat didalam menguasai sesuatu ilmu.Justeru, pastikan kita memahami apa yang kita pelajari dengan betul.

4.Jauhi Maksiat.
Maksiat merupakan perkara yang perlu dijauhi oleh semua orang Islam.Jikalau manusia melakukan maksiat maka susah untuk menguasai ilmu-ilmu yang dipelajari.Peristiwa Imam Al-Syafie dengan gurunya merupakan bukti jelas yang dapat kita ambil.Dalam satu riwayat menceritakan bahawa Imam Al-Syafie terlihat buku lali seorang perempuan ajnabi.Ini menyebabkan beliau menghadapi kesukaran untuk mengingati hafalnya.Maka beliau menceritakan kepada gurunya.Lalu gurunya menasihati supaya meninggalkan maksiat.Sesungguhnya ilmu itu cahaya.Cahaya Allah tidak menerangi bagi orang yang melakukan maksiat.Betapa hebatnya nilai muraqabbah dan muhasabah ulama’ didalam menuntut ilmu.Padahal,Imam Al-Syafie hanay terpandang buku lali perempuan tersebut.Kita sekarang lebih hamper dengan pekara-pekara maksiat.Apabila membuka laptop atau handset sahaja sudah boleh melakukan maksiat.Kebarangkalian yang boleh dibuat disini ialah penerimaan ilmu di kalangan pelajar-pelajar menjadi susah kerana bercampur dengan pekara-pekara yang maksiat.Justeru,prinsipamar ma’ruf nahi mungkar mesti direalisasikan didalam kehidupan pelajar-pelajar Islam.Jangan campuri urusan yang halal dan haram.Selain itu,pemilihan kawan-kawan yang soleh boleh memelihara kita daripada melakukan maksiat.Hadis Rasullulah bermaksud “Seseorang itu mengikuti agama sahabatnya”.Hadis ini menunjukkan bukti yang jelas tentang pengaruh sahabat-sahabat dalam kehidupanseseorang manusia itu.Begitulah juga didalam konteks kehidupan seorang pelajar.Sahabat yang baik ialah apabila kita mendekatinya secara tidak langsung kita akan mengingati Allah.

5.Doa,Usaha,ikhtiar dan tawakkal.
Doa merupakan senjata bagi orang mukmin.Doa juga merupakan penghubung antara makhluk dengan Khaliqnya.Kehidupan pelajar-pelajar Islam mestilah sentiasa dilazimi doa dalam kehidupan seharian.Doa itu tidak lengkap sekiranya tiada usaha dan ikhtiar.Akhir sekali barulah bertawakkal.Doa,Usaha,tawakkal penting didalam kehidupan pelajar-pelajar Islam kerana melalui kaedah-kaedah berikutlah dapat mendidik diri pelajar-pelajar didalam mendekatkan diri dengan Allah serta meletakkan sepenuh harapan kepada Allah didalam setiap aspek pekara yang dilakukan.Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut yang bermaksud”dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan kami,nescaya kami tunjukkan kepada mereka jalan kami.Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik.”Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Allah akan memberi petunjuk bagi orang-orang yang berjuang didalam mencari Keredhaan Illahi.Sekiranya perkara-perkara ini dapat dipraktikkan,ia dapat memelihara diri daripada tersasar daripada niat yang sebenar ketika belajar.

6.Beramal dengan ilmu yang dipelajari.
Ilmu yag tidak diamalkan seperti pokok tidak berbuah.Didalam menjadikan ilmu itu sesuatu yang bermanfaat didalam kehidupan,pelajar-pelajar mestilah mempratikkan ilmu itu terlebih dahulu.Praktikkan ilmu itu didalam kehidupan seharian kita.Disamping itu,cuba untuk disebarkan kepada masyarakat.Perlu diingatkan juga bahawa Allah memuliakan seseorang hamba dengan ilmu yang dipelajari.Tidak mustahil Allah melaknat seseorang hamba dengan ilmu yang dipelajarinya.Ini disebabkan tidak cuba untuk mengamalkan ilmu yang dipelajari didalam kehidupan.

Moga para pembaca boleh mengambil sedikit sebanyak manfaat diatas penulisan ini.Ilmu yang berkat adalah hasil daripada Akhlak yg baik.Ilmu dan akhlak itu saling bersangkut-paut.Maka beramal lah kita kepada ilmu2 yang telah kita ketahui dan pelajari..Jadilah pelajar yang Hebat dari segi Ilmu dan Akhlaknya.

*Idea ini disunting daripada Sahabat Biro Kerohanian.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan