Khamis, 21 Mac 2013

Dugaan itu pasti ada.


Dugaan menuntut ilmu itu "Adat".

Untuk melahirkan muslimin yang cemerlang didunia dan akhirat Allah tidak akan memberi terus ‘direct’ kepada tuan badan melainkan mereka perlu menempuhi berbagai cabaran yang allah campakkan kepadanya.

Perasan rasa takut,debar,risau merupakan satu lumrah bagi mereka yang menuntut ilmu.Kadang-kala duit,rehat dan tenaga yang tidak cukup itu juga merupakan  asam garam dalam menuntut ilmu.Dan amat rugilah bagi mereka yang tidak menempuhi cabaran ini setelah tamat pengajian di Universiti.

Kerana cabaran serupa inilah dapat mengeratkan hubungan kita dengan pencipta iaitu Allah.Perasaan yang bercampur-baur tadi akan melahirkan satu perasaan ber’harap’.Berharap kepada Allah agak mempermudahkan segalanya.Bila lahirnya perasaan ber’harap’ tiada yang dapat membantu kita selain Allah.Itulah tujuannya.Tujuan Allah memberikan cabaran,ujian dan dugaan sedemikian.

Apa yang harus kita lakukan adalah berusaha,berdoa,bersabar,berharap,bersangka baik,dan berfikir pekara-pekara yang positif yang dapat meningkatkan motivasi  dan keyakinan kita.
Sabar dalam menuntut ilmu. Seorang pencari ilmu dituntut untuk selalu bersabar dalam pelbagai hal, tidak pernah bosan dan selalu mengharap redha Allah. Sehingga, waktu akan menjadi hal yang sangat penting untuk tidak di sia-siakan. Sikap ini tergambar jelas dalam jejak para ulama terdahulu melalui karya-karya besar yang berjaya mereka tulis kerana selalu bersabar dan memanfaatkan masa dengan baik.

Sahabatku sekalian,
Tiada yang mudah didunia ini untuk mendapatkan nikmat yang lazat diakhirnya.Seperti kita inginkan syurga tidak dapat tanpa usaha.tidaka akan dapat jika tanpa amalan dan tidak akan dapat jika tidak bersungguh-sunggguh…

Ya,belajar itu memang payah,belajar itu memang susah.Tapi nilailah di penghujungnya…Indahkan!Jika kita lihat para ulama’ zaman dahulu 2kali ganda payah berbanding kita yang hidup dizaman serba modern ini.Untuk mencari sepotong hadis dan ilmu  memerlukan semangat dan kemantapan rohani yang kuat serta minat dan perasaan yang tidak pernah bosan.

Seperti Dalam Kitab al-'Ilm karangan Syaikh Utsaimin, diceritakan bahawa ketika Ibnu Abbas ditanya, "Dengan apa anda boleh mendapatkan ilmu?" Beliau menjawab, "Dengan lisan yang selalu bertanya dan hati yang banyak memahami, serta badan yang tidak pernah bosan."

Selain itu, orang yang sudah merasakan nikmatnya menuntut ilmu maka dia akan selalu haus ilmu dan tidak pernah merasa puas. Sehingga, seluruh waktunya hanya digunakan untuk belajar. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW,
"Ada dua kumpulan manusia yang selalu lapar dan tidak pernah kenyang: orang yang lapar ilmu. Ia tidak pernah kenyang. Dan orang yang lapar dunia, juga tidak pernah kenyang pula. "(HR. Al Hakim dll dengan sanad tsabit)

Berbangganlah wahai si penuntut ilmu.Usahamu tidak akan Allah sia-siakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan