Jumaat, 7 Jun 2013

Kenapa Ini berlaku,,

Hobi aku memang suka berfikir,berfikir,berfikir dan terus berfikir....sehingga mahu tidur pun otak aku akan berfikir....

terlintas difikiran aku,tentang akhlak remaja sekarang...apabila difikiran amat membimbangkan...

Banyak budaya Barat telah mempengaruhi hidup mereka,sehingga apa yang diajarkan dalam Islam itu sudah menjadi janggal dalam hidup mereka....

Aku mempunyai ramai kawan, baik di alam nyata mahupun dialam maya...

Wallahi aku katakan,,Keruntuhan Akhlak Remaja sekarang semakin melampau...aku mencari penyelesaian dan puncanya....

Sebelum itu,,aku menilai diri aku yang hina ini...

Aku juga menjadi mangsa keruntuhan Akhlak rupanya..

Aku ketandusan Ilmu2 itu,aku juga "lambat sedar" diatas ilmu yang bermanfaat itu...

Apa tidaknya, semasa aku di pondok atau sekolah menengah dahulu, Subjek Indah itu dimansuhkan,

Para guru hanya mengajarkan Subjek Fiqh dan Tauhid...subjek Tasauf (blh juga dikatakan ilmu akhlak)
telah luput begitu sahaja...

Aku ketandusan Ilmu itu...!

Kini, di Jaamiah...aku dikelilingi dengan Sikap manusia yang berbeda2....

Jauh indah Sikapnya dari Aku....

Ya...! kami sama,kami umat Muhammad...

tetapi kenapa aku begini dia begitu.....

penyesalan tidak berguna lagi....apa yang harus aku lakukan....Bangkit kembali....

meneroka Ilmu itu di samping para orang2 berilmu....

menerokai Buku2 berkaitan dengannya...

Allah....Indahnya mereka yang memiliki sifat indah itu...

Sifat yg ada pada Nabi Penghulu Umat....

Aku malu!..Aku malu..!

Ya Allah,moga suatu hari Engkau izinkan daku merasai sifat itu,aku jahil ya Allah...Imanku tidak seperti mereka....

Ampuni atas segala kejahilanku ya Allah...

Aku mengharapkan,sahabat2 ku tidak pernah putus doa kebaikkan ke atasku...dan aku megharapkan moga satu hari nanti....Akhlak Umat Muhammad pada hari ini gemilang kembali...


                                                                                                      (perindu Syahid)

Selasa, 9 April 2013

sedikit perkongsian ilmu,ketika mana penulis bersama-sama rakan pergi ke satu Forum yang tidak ramai pendengarnya...Mungkin sahabat yang lain kurang cakna atau sibuk dengan assignment mereka...takpe lah masa lapang kita bukannya sama...

Baik,tajuk Forum yang penulis pergi hari tu bertajuk 'Apa ertinya saya menganut Islam'.Bagi penulis tajuk ini sudah menarik minat penulis untuk hadir ke forum tersebut.Antara para panelnya Ustaz Nor Azamir Alias(Timbalan Mufti N9),Ust.Salman Maskuri (Pengasas Darul Ilmi),Ust Jaafar Muhammad.(Exco pesatuan  pelajar islam)...Ya,para panel pun dikalangan orang yang hebat2...
(penulis akan kongsi dalam bentuk point)*gua bukan wartawan huhu..

Apa yang saya dapat dari Forum malam tu..

#Antara ilmu2 yang penting yang harus kita pelajari adalaha ilmu Aqidah,ilmu Shariah dan ilmu An-Nizzamul Hayat..

#Untuk kita tahu majikan kita adalah Allah.Allah segala2nya.Andai Allah majikan kita,kita adalah HAMBA...HAMBA yang kekal selama-lamanya..

Moderater bertanya kepada salah seorang panal...
Bagaimanakah cara untuk meningkatkan takut kepada Allah..?

#untuk meningkatkan rasa takut itu.pertama kita mesti ada ilmu dan kenal Allah.Kenal dengan tanda2nya dan sifat2nya...Bila ada ilmu ia akan faham dan ia akan rasa dan yakin.

#jangan jadikan selain Allah itu sebagai matlamat.

#solat..besar tapi ringan (itulah yg ramai org tnggl) padahal diakhirat nanti itulah yg ditimbang dlu..

#berilmu dan yakin perlu kepada kejiwaan

#orang yang berfikir akan menghasilkan rasa taqwa.

Soalan 2:Bagaimana untuk menampakan keindahan islam.?

jika kita lihat pada hari ini orang islam sendiri tidak beramal dengan Islam.
lihat sahaja pada solat subuh dan isyaknya...Allahurabbi isyaknya 10 minit pabila tiba subuh..
dan mereka jarang sekali untuk melakukannya secara jemaah...
apa yang kita perlukan adalah cheak and balance diri kita balik...Adakah kita ini mngikut ajaran islam atau sebaliknya...

#ketahuilah andainya kamu itu seorang pelajar agama jika terditik dihati kamu melakukannya bukan kerana Allah selayaknya bagi kamu adalah Neraka Jahanam!

#Sekarang ni terlalu ramai sangat mereka yang hanya Solat sahaja tp tidak berwirid.Pernah berkata oleh para cendikiawan orang yang solat tanpa wirid itu adalah seperti beruk.

Soalan 3:Bagaimana mahu mewujudkan 'feel'dalam ibadah.?

Ibadah itu luas,andai kita makan,minum,belajar,berzikir,bertafakur kerana Allah semuanya dikira ibadah.

#Jika kita melihat solat itu satu kewajipan ia akan nampak sebagai beban,tapi jika ia dilihat kepada keperluan ia akan menjadi ringan.

#Andai kita melakukan ibadah tanpa ilmu dan kefahaman ia tidak akan merasai manisnya ibadah.

#cuba kita tanya pada diri kita,pada waktu bila kita tidak perlukan Allah??Setiap helah nafas kita adalah kurniaan Allah,degupan jantung adalah nikmat dari Allah...bersyukurlah..

#Diri kita amanah dari Allah perlu dijaga,guna dan bangunkan...

#Fikir dan zikir...aqal diberi untuk berfikir dan hati diberi untk berzikir..

#Hancurkan patung yang berada didalam diri kita...jadilah umat Islam sejati...








Ubati jiwamu teman...


Umat Islam hari ini sedang sakit jiwanya.,aku tak mengerti apa yang mereka mengerti..yang aku maksudkan adalah mereka yang ber’topeng’ itu…Ya,aku tahu mereka itu sangat mengerti pabila dihidangkan dengan Isu-isu Palestin pabila ditambah lagi dengan lakonan2 dan video2 anak2 di Palestin.Air mata si ‘topeng’ itu bisa mengalir tanpa memaksanya kerana dia mengerti erti keperitan dan kesakitan yang dihadapi si anak2.

Tapi mengapa air mata mereka hanya disitu.hanya didewan serba indah dan berhawa dingin.pabila mereka keluar dari dewan tersebut mereka seperti tidak mempunyai perasaan. Dimana tanggungjawab mereka dalam melaksanakan tugas sebagai umat islam.Bagi aku memBoikot Barang ISRAEL itu sudah menjadi kewajipan kepada kita dan fatwa ini telah dikeluarkan oleh Ulama’ terbesar dunia iaitu Syekh Yusuf al-Qardawi.Apakah mereka masih tidak mengerti??

Kenapa kita perlu memboikot???kerana segala apa yang mereka dagangkan di Malaysia ini adalah punca kepada kekuatan ekonomi mereka.Aku mengandaikan satu orang itu makan di McD sekadar Burger RM5.90 ini hanya seorang aku mengandaikan lagi di Selangor sahaja 1000 orang makan burger 1000xRM5.90=RM5900 andai didarab dengan 14 negeri RM82600..Sedikitkan nilai ini!!nilai yang hanya mampu membeli sebutir peluru senapang yang diacukan kepada umat islam itu sendiri.



Sudahlah dikau,si topeng jangan bermain lagi dengan perasaanmu.Jika engkau betul-betul tangiskan apa yang berlaku kepada saudaramu,pasakkan niat dihatimu untuk membantu saudara kita disana.Kita tidak mampu untuk berjuang dinegaranya juga tidak mampu menyediakan yang terbaik untuk mereka.Tetapi kita mampu untuk berdoa serta memboikot barangan Israel untuk mereka.

Ya memang benar ia nampak terlalu kecil bentuk bantuannya seperti tidak mempunyai kesan namun percayalah Allah itu maha melihat dan maha mengetahui.

Adakah kau lupa peristiwa ketika mana nabi Musa alaihisalam sedang dibakar,lalu datang seekor burung membawa air menggunakan paruhnya untuk memadam api tersebut.Lalu ditanya oleh burung yang lainnya mana mungkin terpadam api itu.Akan tetapi dibalas kembali oleh burung tersebut Allah itu tidak melihat akan hasilnya tetapi Allah melihat pada usahanya.

Cukup Sudahlah…! Buanglah topengmu itu,buktikan siapa dirimu yang sebenar..buktikan kita adalah pembela umat islam kita pembela agama Allah,kita adalah pejuang yang menyambung tugas para2 Nabi.Ayuh,kita martabatkan kembali maruah agama ini.






Isnin, 25 Mac 2013

Kehilanganmu amat dirasai

Tangisan Demi Tangisan.

22Mac 2013,Perginya Al-marhum Syekh Muhammad Ramadhan Al-Bouthi.
Perasaanku mula terkejut,Ulama' Besar Syiria telah pergi menghadap Allah pada hari Jumaat,
Namun pada hari kemudian 25Mac 2013 telah perginya 3Ulama Malaysia sekaligus pada hari yang sama.Hujan turun merahmati mereka (Allahuakbar)
Mula2 hatiku berasa biasa,akan tetapi tatkala membaca hadis Nabi Muhammad S.A.W.
Airmataku mula luruh,sebak didada tidak dapat ditahan.Mereka ulama'.Ulama; adalah pewaris anbi'a.
Jika perginya mereka tanpa wujudnya pengganti mereka di zaman serba moden ini.Apa yang akan berlaku dimasa akan datang,kepada keturunanku.

Diriku sahaja masih tidak utuh,Imanku masih bergoyang tatkala ditiup oleh hawa nafsu.Ditambah lagi masalah  ummah yang semakin menjadi-jadi...Allah..Allah..Allah..

Aku menghitung kembali amalanku,Allah,sangatlah sedikit.Belum lagi ditapis atas dasar ikhlas ataupun paksaan.

Ya,Allah amalku tidak mampu untk aku menempah syurgaMu,aku hanya mengharapkan keampunan dan keredhaanMu sahaja ya Allah.Kau letakkanlah daku serta keluargaku dikalangan orang-orang yang beriman.

Airmataku tidak akn kering,pemergian mereka mengingatkan aku kepada Allah.Azab Allah..

Kemunculan Dajjal pasti berlaku dan ketibaan Imam Mahadi juga akan terjadi,
Namun aku berfikir dimanakah diriku waktu itu.?Ya Allah yang maha mengetahui,Imanku tidak sehebat Sumaiyah...Aku takut untuk meneruskan pejalanan ini.Lindungilah daku Ya Allah.

Aku rela dikorbankan sebagai pejuang ya Allah.Aku rela meninggalkan kemewahan dunia ini ya Allah.Pilihlah daku untuk syahid di jalanMu...Aku mohon dan mengharap.

Ahad, 24 Mac 2013

Adab-Adab Belajar.



Menuntut ilmu adalah penting bagi Umat islam dan para mukminin.Tidak kiralah samada ilmu tersebut adalah Ilmu fardhu ain atau fardhu kifayah.Seperti yang kita ketahui dalam kehidupa umat Islam tidak akan lari daripada 3ilmu ini iaitu Ilmu Akidah,Ilmu Syari'yyah dan Ilmu Akhlak.Dan saya ingin menekankan pada penulisan saya kali ini ialah Ilmu tentang Akhlak dan lebih dikenali sebagai Ilmu Adab.

Bismillah..

1.Niat yang Ikhlas.
Niat merupakan perkara yang menjadi asas bagi setiap amalan seharian kita.Ibnu Atoillah Al-Sakandari berkata “Amal perbuatan itu sebagai kerangka yang tegak,sedangkan rohnya ialah rahsia ikhlas didalam amal perbuatan itu.Beliau juga turut berpesan kepada kita supaya mengikhlaskan niat didalam sesuatu amal kerana Allah serta menjauhi diri daripada berniat untuk memperoleh pekara-pekara berkaitan keduniaan.Mu’az bin Jabal r.a berkata “Belajarlah ilmu kerana Allah S.W.T yang boleh membawa takut kepadanya.Menuntutnya pula merupakan ibadat,mengulangkajinya adalah tasbih,mencarinya adalah jihad,mengajarkan kepada orang lain  yang tidak tahu merupakan satu sedekah,memberikan kepada ahlinya adalah sedekah,menjadi teman ketika keseorang dan rakan ketika bersendirian” Pernyataan diatas membawa maksud yang cukuo jelas didalam kehidupan kita.Ulama’ menyatakan pendirian yang tegas tentang niat menuntut ilmu.Sekiranya niat untuk membangunkan islam,ia merupakan matlamat yang cukup jelas.

2.Menghormati Guru.
Guru merupakan penyumbang yang sangat penting didalam kehidupan seorang pelajar.Saidina Ali Karamallah Wajhah pernah berkata “Sesiapa yang mengajarku walaupun satu huruf maka aku telah menjadi hambanya”.Saidina Ali Karamallah Wajhah diantara sahabat-sahabat Rasullulah yang dipuji dari segi ilmu yang dimilikinya dan menjadi rujukan para sahabat.Namun,beliau masih mempunyai sikap hormat yang tinggi  bagi sesiapa yang mengajarnya.Sikap hormat yang tinggi ini akan melahirkan pelajar yang berdisiplin dan rendah diri didalam mempelajari ilmu di samping dapat melahirkan pelajar yang berkualiti tinggi.Kelebihan sikap hormat kepada guru juga akan memperoleh barakah didalam pengajian.Kelebihan ini membolehkan seseorang pelajar itu mudah untuk menerima penerangan ilmu dengan jelas.Walaupun sukar akhirnya akan beroleh kefahaman yang tinggi jikalau masih konsisten didalam menjaga adab-adab dengan guru-guru.Walaupun mempunyai pertembungan fiqrah dengan guru,kita mestilah bertolak ansur dengan mereka.Terdapat banyak pekara-pekara furu’ yang menjadi perbahasan ulama’.Oleh itu janganlah membenci guru-guru disebabkan perbezaan pendapat.

3.Memberi perhatian dan memahami pelajaran.
Fokus ketika belajar penting dalam penguasaan ilmu bagi para pelajar.Memberi semaksima mungkin perhatian ketika belajar meupakan adab-adab yang sangat ditekankan oleh para ilmuan Islam.Perhatian sepenuhnya dapat membantu pelajar-pelajar didalam memahami setia pekara-pekara yang dipelajari.Elakkan diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengganggu konsentrasi ketika belajar seperti tidur dan bersembang-sembang.Hal ini boleh menyebabkan guru-guru yang mengajar akan terasa hati dengan kelakuan kita.Salah seorang ulama’ nusantara Sheikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki diantara ulama’ yang sangat menekankan adab-adab ketika belajar.Beliau sangat menekankan anak-anak didiknya supaya memberi perhatian sepenuhnya ketika belajar.Natijahnya,lahirlah ulama’-ulama’ yang hebat didalam menghuraikan ilmu-ilmu hasil daripada didikan beliau.Kunci kecemerlangan seseorang pelajar juga antaranya ialah tumpuan ketika belajar.Apabila menghadapi masalah didalam memahami pelajaran,pelajarmestilah berani didalam mengajukan soalan atau mengambil pendekatan lain sama ada meminta tajuk ajar kawan-kawan yang lain atau mengadakan group discussion.Pemahaman sesuatu itu mungkin beroleh melalui soalan-soalan yang kita ajukan.Memahami pelajaran merupakan syarat didalam menguasai sesuatu ilmu.Justeru, pastikan kita memahami apa yang kita pelajari dengan betul.

4.Jauhi Maksiat.
Maksiat merupakan perkara yang perlu dijauhi oleh semua orang Islam.Jikalau manusia melakukan maksiat maka susah untuk menguasai ilmu-ilmu yang dipelajari.Peristiwa Imam Al-Syafie dengan gurunya merupakan bukti jelas yang dapat kita ambil.Dalam satu riwayat menceritakan bahawa Imam Al-Syafie terlihat buku lali seorang perempuan ajnabi.Ini menyebabkan beliau menghadapi kesukaran untuk mengingati hafalnya.Maka beliau menceritakan kepada gurunya.Lalu gurunya menasihati supaya meninggalkan maksiat.Sesungguhnya ilmu itu cahaya.Cahaya Allah tidak menerangi bagi orang yang melakukan maksiat.Betapa hebatnya nilai muraqabbah dan muhasabah ulama’ didalam menuntut ilmu.Padahal,Imam Al-Syafie hanay terpandang buku lali perempuan tersebut.Kita sekarang lebih hamper dengan pekara-pekara maksiat.Apabila membuka laptop atau handset sahaja sudah boleh melakukan maksiat.Kebarangkalian yang boleh dibuat disini ialah penerimaan ilmu di kalangan pelajar-pelajar menjadi susah kerana bercampur dengan pekara-pekara yang maksiat.Justeru,prinsipamar ma’ruf nahi mungkar mesti direalisasikan didalam kehidupan pelajar-pelajar Islam.Jangan campuri urusan yang halal dan haram.Selain itu,pemilihan kawan-kawan yang soleh boleh memelihara kita daripada melakukan maksiat.Hadis Rasullulah bermaksud “Seseorang itu mengikuti agama sahabatnya”.Hadis ini menunjukkan bukti yang jelas tentang pengaruh sahabat-sahabat dalam kehidupanseseorang manusia itu.Begitulah juga didalam konteks kehidupan seorang pelajar.Sahabat yang baik ialah apabila kita mendekatinya secara tidak langsung kita akan mengingati Allah.

5.Doa,Usaha,ikhtiar dan tawakkal.
Doa merupakan senjata bagi orang mukmin.Doa juga merupakan penghubung antara makhluk dengan Khaliqnya.Kehidupan pelajar-pelajar Islam mestilah sentiasa dilazimi doa dalam kehidupan seharian.Doa itu tidak lengkap sekiranya tiada usaha dan ikhtiar.Akhir sekali barulah bertawakkal.Doa,Usaha,tawakkal penting didalam kehidupan pelajar-pelajar Islam kerana melalui kaedah-kaedah berikutlah dapat mendidik diri pelajar-pelajar didalam mendekatkan diri dengan Allah serta meletakkan sepenuh harapan kepada Allah didalam setiap aspek pekara yang dilakukan.Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut yang bermaksud”dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan kami,nescaya kami tunjukkan kepada mereka jalan kami.Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik.”Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Allah akan memberi petunjuk bagi orang-orang yang berjuang didalam mencari Keredhaan Illahi.Sekiranya perkara-perkara ini dapat dipraktikkan,ia dapat memelihara diri daripada tersasar daripada niat yang sebenar ketika belajar.

6.Beramal dengan ilmu yang dipelajari.
Ilmu yag tidak diamalkan seperti pokok tidak berbuah.Didalam menjadikan ilmu itu sesuatu yang bermanfaat didalam kehidupan,pelajar-pelajar mestilah mempratikkan ilmu itu terlebih dahulu.Praktikkan ilmu itu didalam kehidupan seharian kita.Disamping itu,cuba untuk disebarkan kepada masyarakat.Perlu diingatkan juga bahawa Allah memuliakan seseorang hamba dengan ilmu yang dipelajari.Tidak mustahil Allah melaknat seseorang hamba dengan ilmu yang dipelajarinya.Ini disebabkan tidak cuba untuk mengamalkan ilmu yang dipelajari didalam kehidupan.

Moga para pembaca boleh mengambil sedikit sebanyak manfaat diatas penulisan ini.Ilmu yang berkat adalah hasil daripada Akhlak yg baik.Ilmu dan akhlak itu saling bersangkut-paut.Maka beramal lah kita kepada ilmu2 yang telah kita ketahui dan pelajari..Jadilah pelajar yang Hebat dari segi Ilmu dan Akhlaknya.

*Idea ini disunting daripada Sahabat Biro Kerohanian.




Cakap tidak serupa bikin.

Cakap Tak Serupa Bikin
Riwayat: Bukhari dan Muslim

Hadith: 
Daripada Abu Zaid Usamah bin Zaid Bin Harithah RA katanya, “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda, “Akan didatangkan seorang lelaki pada hari kiamat kemudian dicampakkan ke dalam neraka. Lalu terkeluarlah isi perutnya dan berpusing lelaki itu dalam neraka seolah-olah keldai memusing kisaran“ Lalu ahli neraka berkumpul kepadanya dan bertanya, “Wahai fulan, mengapakah engkau ini? Tidakkah engkau dahulu menyuruh kepada kebajikan dan melarang daripada kemungkaran?” Jawabnya, “ Ya, aku menyeru kepada kebajikan tetapi aku tidak mengerjakannya dan melarang daripada kemungkaran tetapi aku mengerjakannya”.
Allah sentiasa melihat perbuatan manusia sama ada yang baik atau yang jahat.

Janganlah berpura-pura dan mempersendakan perkara-perkara kebajikan sedangkan Allah Maha Mengetahui.

Hadis ini menunjukkan besarnya dosa orang yang menyuruh kepada yang makruf sedangkan dia sendiri tidak melakukannya (khususnya perkara wajib dan fardhu) atau melarang daripada kemungkaran sedangkan dia melakukannya. Ini kerana dia melakukannya dengan penuh sedar dan dengan pengetahuan yang cukup bukan kerana lupa atau jahil.

Melakukan yang makruf dan meninggalkan kemungkaran adalah sebab seseorang itu terhindar daripada neraka.



Azab neraka yang diceritakan oleh Rasulullah SAW adalah antara perkara ghaib yang wajib diimani.

Sabtu, 23 Mac 2013

Tangisan Umat Islam.

22 Mac 2013
Syahidnya Ulama' Besar Dunia iaitu Syeikh Muhammad Ramadhan Al-Bouthi

Tarikh ini jika di Malaysia adalah Hari Jumaat.
Kematian beliau memberi satu kejutan kepada umat Islam didunia.Ramai yang menagisi dengan pemergiannya.Tatkala aku berusaha mencari jalan untuk membuka "Jaringanku",seribu umat mendoakan dan menyedekahkanya Al-Fatihah.

Aku masih terkejut dengan kematiannya..kerana..
Sedang Syeikh Muhammad Ali As-Sobuni menyebarkan kebenaran di Malaysia tentang  pekara yang berlaku di Syiria,Syeikh Muhammad Ramadhan tidak bersependapat denganya.Akan tetapi atas sikap akhlak Syeikh yang terpuji Syeikh Muhammad Ali menasihatkan agar kita selalu mendoakan Al-marhum Syeikh kembali ke pangkal jalan.Alhamdulilah,apa yang aku dengar Kematian Syeikh adalah kerana tindakkan usahanya untuk mengeluarkan diri dna keluarganya dari Syiria.Beliau tidak lagi bersama Basyar akan tetapi bersama rakyat di Syiria.

Di Facebook,terlalu ramai yang meng'post' tentang kematiannya.Terdapat juga ulama'2 terbesar menceritakan tengtang halnya..Ulama' yang baik pemergiannya akan ditangisi oleh pengikutnya.
Sebak juga hati aku pabila terdengar berita ini.Si Basyar memang tidak berhati perut.Perasaan sama seperti Iblis yang tidak mempunyai belas kasihan.

Aku mendoakan agar Allah merahmatimu wahai Syeikh.Meskipun daku rakyat Malaysia yang tidak bertemu denganmu.Namun akidah dan perjuangan kita menghubungkan dirimu dan diriku...

Khamis, 21 Mac 2013

Dugaan itu pasti ada.


Dugaan menuntut ilmu itu "Adat".

Untuk melahirkan muslimin yang cemerlang didunia dan akhirat Allah tidak akan memberi terus ‘direct’ kepada tuan badan melainkan mereka perlu menempuhi berbagai cabaran yang allah campakkan kepadanya.

Perasan rasa takut,debar,risau merupakan satu lumrah bagi mereka yang menuntut ilmu.Kadang-kala duit,rehat dan tenaga yang tidak cukup itu juga merupakan  asam garam dalam menuntut ilmu.Dan amat rugilah bagi mereka yang tidak menempuhi cabaran ini setelah tamat pengajian di Universiti.

Kerana cabaran serupa inilah dapat mengeratkan hubungan kita dengan pencipta iaitu Allah.Perasaan yang bercampur-baur tadi akan melahirkan satu perasaan ber’harap’.Berharap kepada Allah agak mempermudahkan segalanya.Bila lahirnya perasaan ber’harap’ tiada yang dapat membantu kita selain Allah.Itulah tujuannya.Tujuan Allah memberikan cabaran,ujian dan dugaan sedemikian.

Apa yang harus kita lakukan adalah berusaha,berdoa,bersabar,berharap,bersangka baik,dan berfikir pekara-pekara yang positif yang dapat meningkatkan motivasi  dan keyakinan kita.
Sabar dalam menuntut ilmu. Seorang pencari ilmu dituntut untuk selalu bersabar dalam pelbagai hal, tidak pernah bosan dan selalu mengharap redha Allah. Sehingga, waktu akan menjadi hal yang sangat penting untuk tidak di sia-siakan. Sikap ini tergambar jelas dalam jejak para ulama terdahulu melalui karya-karya besar yang berjaya mereka tulis kerana selalu bersabar dan memanfaatkan masa dengan baik.

Sahabatku sekalian,
Tiada yang mudah didunia ini untuk mendapatkan nikmat yang lazat diakhirnya.Seperti kita inginkan syurga tidak dapat tanpa usaha.tidaka akan dapat jika tanpa amalan dan tidak akan dapat jika tidak bersungguh-sunggguh…

Ya,belajar itu memang payah,belajar itu memang susah.Tapi nilailah di penghujungnya…Indahkan!Jika kita lihat para ulama’ zaman dahulu 2kali ganda payah berbanding kita yang hidup dizaman serba modern ini.Untuk mencari sepotong hadis dan ilmu  memerlukan semangat dan kemantapan rohani yang kuat serta minat dan perasaan yang tidak pernah bosan.

Seperti Dalam Kitab al-'Ilm karangan Syaikh Utsaimin, diceritakan bahawa ketika Ibnu Abbas ditanya, "Dengan apa anda boleh mendapatkan ilmu?" Beliau menjawab, "Dengan lisan yang selalu bertanya dan hati yang banyak memahami, serta badan yang tidak pernah bosan."

Selain itu, orang yang sudah merasakan nikmatnya menuntut ilmu maka dia akan selalu haus ilmu dan tidak pernah merasa puas. Sehingga, seluruh waktunya hanya digunakan untuk belajar. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW,
"Ada dua kumpulan manusia yang selalu lapar dan tidak pernah kenyang: orang yang lapar ilmu. Ia tidak pernah kenyang. Dan orang yang lapar dunia, juga tidak pernah kenyang pula. "(HR. Al Hakim dll dengan sanad tsabit)

Berbangganlah wahai si penuntut ilmu.Usahamu tidak akan Allah sia-siakan.

Khamis, 21 Februari 2013

Jauhi Godaan Wanita Riwayat: Muslim
Hadith:


Daripada Abu Said al-Khudri RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesungguhnya dunia itu amat manis dan indah pada pandangan mata. Sesungguhnya Allah melantik kamu menjadi pemerintah di dunia ini dan Allah memerhatikan bagaimana kamu bekerja. Oleh itu takutlah (Jauhi) fitnah dan takutilah tipu daya atau godaan wanita. Sesungguhnya fitnah pertama terhadap Bani Israil berlaku disebabkan wanita.”



Huraian Hadith:
Tergoda pada wanita boleh berlaku dengan pergaulan bebas dan memandang kepada bahagian tubuh yang membangkitkan nafsu (bagi wanita asing yang bukan isteri) atau berseronok dengan isteri hingga terlupa menunaikan kewajipan agama.
Kita hendaklah mengambil pengajaran daripada kisah umat-umat terdahulu, kerana apa yang berlaku kepada Bani Israil tidak mustahil berlaku kepada orang lain jika mereka melakukan sebab-sebabnya.
Pengaruh dunia dan nafsu boleh menjauhkan manusia daripada bertakwa kepada Allah.
Manusia telah diberi penghormatan oleh Allah di muka bumi ini dengan menjadikannya sebagai khalifah Allah.
Setiap gerak-geri manusia sentiasa diperhatikan Allah.


Bertaqwalah kepada Allah untuk mengelakkan diri daripada berlakunya fitnah kerana fitnah itu sering berlaku disebabkan kemewahan dunia dan disebabkan wanita.

Ahad, 17 Februari 2013

Mengapa bersedih teman.


Hidup ini tidak akan lari dari ujian.Baik dalam masalah keluarga ke masyarakat ke negara ke...Segalanya Allah akan uji.Ujian pula berbeza.setiap makhluk Allah tak semua sama ujian yang Allah berikan.kerana tidak semua orang mempunyai Iman yang sama.dan telah Allah berfirman didalam Al-Quran,

bermaksud 'Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya (dibuat)olehnya'.

Lihatlah,betapa kasihnya Allah terhadap hambaNya.Dia lebih mengetahui apa yang kita tidak tahu dan apa yang kita tidak mampu.Selain itu ada juga ayat Allah yang memberi penawar serta motivasi kepada hamba-hambaNya agar sentiasa istiqamah bersabar dalam setiap ujian.
Seperti telah dirakamkan di dalam surah al-Ankabuut ayat 2 yang...

bermaksud,'Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,"kami telah beriman,"dan mereka tidak di uji?

Cukup sahaja mendengar ayat ini,jiwa hambaNya terasa hidup dan kembali bersemangat untuk menempuhi ujianNya.Mereka akan sesal dengan keluhan mereka.

Bagi mereka yang menempuhi ujian dek kerana kemiskinan ketahuilah Allah tidak menjadikan dirimu selama2nya miskin dan Allah tidak menjadikan dirimu miskin dari setiap sudut,andai kamu kemiskinan harta tetapi Allah tidak menjadikan dirimu miskin jiwa.Dan sesungguhnya yang merasai nikmat ini adalah orang2 yang beriman bukan orang2 yang angkuh.

Pada mereka yang ditimpa ujian kesakitan ketahuilah kesakitanmu itu hanyalah untuk memadamkan dosa2mu.Apakah kamu berfikir Allah itu kejam untuk menyiksamu?Tidak! sama sekali malahan dialah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang yg  mengugurkan dosamu,untuk keuntungan kebahagian kamu diakhirat kelak.

Namun pada mereka yang ditimpa musibah dunia ketahuilah Allah itu sangat teramat menyayangimu.Musibah itu 'tanda' Allah rindu dengan pengaduanmu.Apakah kamu tidak rindu pada penciptamu?
Allah mahu kamu mencari dan mengadu padaNya.Jangan ada yang lain bagiNya,kerana sesungguhnya Allah itu lebih dekat dari apapun.
Cukup jelas didalam Al-Quran,firman Allah didalam Surah Qaf ayat 16 yang bermaksud “dan Kami lebih dekat daripadanya (manusia) berbanding urat leher(nya)”.Lihatlah kasihnya Allah terhadap hambaNya.Cuba kita tanya pada hati kita adakah masih wujud makhluk lain dihati kita  selain Allah?

Wahai saudaraku di dunia dan diakhirat sekalian,

Jadikan Ujian yang Allah timpakan kepadamu pada hari ini sebagai satu ‘signal’ kerana mungkin jadi Ujian itu tanda kasihNya dan mungkin juga Ujian itu tanda murkaNya.Ketahuilah sifat Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim.Dia tidak akan mensia-siakan hambaNya didunia ini.

Dan bagi orang2 yang beriman, ujian itu ada mungkin untuk mengangkat darjatmu disisi tatkala engkau mampu menghadapinya dengan kesabaran,dan bagi mereka si para maksiat mungkin juga tanda Allah ingin kamu itu kembali ke pangkal jalan,Allah mahu kamu mengisi dadamu dengan cahaya keimanan. :)

Indahnya hidup bertuhan dan lebih indah jika kita mengenal tuhan.Dan Amat Indah jika kita dipilih dapat melihat Tuhan.Allahu rabbi.

Kesimpulannya,Tiada manusia yang tidak ditimpa ujian.

Just Smile ^^

Khamis, 14 Februari 2013

Sesungguhnya,agama Islam diutuskan oleh Allah s.w.t melalui junjungan teragung Saidina Rasullulah s.a.w kepada umat  manusia,untuk mengeluarkan mereka daripada kegelapan syirik,kufur,prasangka dan kesesatan,kepada cahaya tauhid,iman,yakin dan kebenaran.Maka berbahagialah bagi mereka yang mengikuti agama Baginda s.a.w lalu berpeganglah dengan taqidah tauhid,dan malanglah bagi mereka yang terus memilih untuk berpegang dengan fahaman kufur mahupun pegangan syirik.

Agama Islam menyeru kepada kembali kepada fitrah dan realiti,kerana hakikat kewujudan ini sememangnya berdiri di atas konsep tauhid dan wahdaniyyah (keesaan) Allah s.w.t.Oleh yang demikian,islam mengajar kepada umat manusia aqidah yang murni daripada hijab2 aghyar(selain daripada Allah) agar manusia mampu menyembah Allah s.w.t yang Maha Esa serta meningkatkan kerohanian diri terus menghirup manisan makrifatullah.

Tangisan Syiria

Tersentap seketika kala aku sedang asyik menonton video Kekejaman pengikut Bassyar (syiah) terhadap rakyat2 mereka diSyiria yang berfahaman (ASWJ),kerana aku berfikir seketika Syiah tidak hanya wujud di Iran,Iraq dan Syiria sahaja,tapi wujud juga di tanah kelahiranku ini iaitu Malaysia.Buat pengetahuan si pembaca,aku adalah seorang gadis yang takkan duduk diam selagi aku tidak tahu pekara yg aku tak tahu..(kalian paham kan ayat aku tu).Jadi pada saat itu aku mula mencari siapa Syiah si pengkejam itu.Hari semakin hari,cerita berkenaan tentang Syiah semakin menjadi-jadi puak2 ini telah dibongkarkan oleh pihak2 yg merasa bertanggunjawab,seperti Ustaz Nazmi Karim.Aku sering mengikuti perkembangannya tentang Syiah di laman Facebook.ternyata mereka itu memang puak tidak mempunyai hati perut.korg2 semua boleh tengok di Fb aku yang telah aku share kan..

Namun aku tulis hari ni,bukan aku nak cerita siapa Syiah?,siapa UNK?siapa Basyyar..
yang mahu aku sampaikan pada tulisan aku hari ini adalah Ukuran tahap keimanan kita terhadap Allah s.w.t.
Apakah sudah mantap Iman kita?Apakah sudah kita mengenali Allah sedalam2nya.?kerana apa aku katakan begini,kerana amat mudah aku melihat si pengikut Syiah menyembah Si Bashyar Al-Assad dan mengaku sebagai tuhan mereka.Apakah seseorang muslim itu begini iman mereka??Apakah mereka tidak mempunyai akal untuk membezakan mana haq dan yang mana batil??Allah...









Sukacita aku mengaharapkan kepada kalian,agar sentiasa mempermantapkan dan memperbaharui iman kita,agar tetap teguh dikala diuji...Sejujurnya,Aku teramat risau terhadap kalian semua.Belom tambah dengan masalah2 lain yg berlaku dinegara kita.Berapa nisbahkah Muslim yg benar2 melakukan syariat dinegara kita..Allahuakbar..Moga Allah Memberi Taufiq serta Hidayatnya agar kita tetap dalam landasan yang benar..

teringat daku Hadis Baginda Rasullulah,
Sesungguhnya Umat Islam itu bersaudara.

jadi jika kamu sakit aku juga merasainya.ini sahaja usaha aku dalam men'yedar'kan diri kamu sekalian.
mungkin tulisanku ini agar kurang menarik minat kalian.Aku mengharapkan kalian boleh mngambil sedikit manfaat dari tulisaku..

*Niatku hanya satu,memperjuangkan ASWJ


Rabu, 13 Februari 2013

Setiap hari kita berhutang budi kepada Allah s.w.t.Kerana setiap hari kita perlukan kekuasaanNya.Apakah kita lupa setiap udara,oksigen dan degupan jantung merupakan satu nikmat dari Allah?Mengapa perlu mengingkari lagi kewujudan dan kekuasaanNya..


Persoalan



Sesungguhnya solatku,ibadahku hidup dan matiku hanyalah untukmu ya Robbi.
Selalu ku ungkapkan dalam setiap solatku,agar setiap hari aku menjadi seorang muslim yang lebih baik dari semalam.Namun apakah ungkapan itu hanya kata2 semata-mata.??